Pahlawan Itu Aku
Melalui tugasan ini, kami dapat pelajari bahawa pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.
Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Melalui tugasan inin, kami mengetahui bahawa dalam usaha mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah, semua negara di dunia mempunyai pelbagai kisah dan pengalaman tersendiri dalam memperjuangkan kemerdekaan. Ada yang berjuang sehingga mengorbankan banyak nyawa, ada yang terpaksa bersekongkol dengan militan dan gerakan bawah tanah. Pada masa yang sama ada juga yang percaya pada perjuangan tanpa keganasan.Gerakan nasionalisme untuk memperoleh kemerdekaan mula timbul berikutan semangat penduduknya yang inginkan sebuah negara bangsa yang merdeka, bebas dari penjajah dan mentadbir negara sendiri dengan corak kepimpinan sendiri.Sejak itu, tanah air ini telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan kemakmuran yang membanggakan selama 52 tahun untuk dikongsi bersama setiap warganya tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan.
Cakna Malaysia: Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan
Daripada tugasan ini, kami dapat simpulkan bahawa bahasa melayu amat penting bagi rakyat Malaysia sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi. Ini kerana bahasa melayu ini mempunyai pelbagai fungsi dan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.
No comments:
Post a Comment